Ubi ungkep

September 29, 2019
Asalamualaikum dan salam isnin..

sarapan apa pagi ni kengkawan semua ya? kalau ada ubi boleh lah buat ubi ungkep macam ni.  pepagi  dah ngadap pc nak buat entry dalam dapo maya kak rose yang seakan hidup tersemput2 ni.. semakin lama makin tak rajin nak mengupdate kat dapo ni... adoyaiii... since pagi ni tak boleh lagi nak berbriskwalk sbb padang yang banjir dek hujan lebat petang semalam, moh ler kita rajinkan diri buat entry ni... walaupun cuma ubi jer, tapi nak jugak tepek kat sini.. kalau dapat ubi yang empuk gebu memang sedap sangat lah buat macam ni.. tekak jawa la katakan..

Bahan-bahan
  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best.. (kak rose nyer terlebih suda....)
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api

Share this

Related Posts

  • Peria goreng rangupAsalamualaikum dan selamat pagi semua... buat lagi peria goreng rangup ni... memang sedap sangat dan bila makan me
  • Cek mek molekAsalamualaikum dan salam selasa.. kesian kan keledek yang kak rose beli tapi terbiar jer kat dapo tu... seakan nak
  • Popia satarBuat lagi.... Alhamdulillah, dengan sedikit kerajinan dan sebab nak makan sangat so kita buat jugak lah satar popi
  • Tak pernah jemu ..lontong sempoi jerrr... bila tekak dah teringin nak makan, buat jugaklah dengan bahan seadanya... walaupun tak ber
Previous
Next Post »

EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng