Tazkirah Jumaat

September 26, 2019









Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua.. pagi ni kak rose nak kongsikan tazkirah yang lalu kat wall fb tentang amalan yang baik yang boleh kita praktikkan untuk kita sentiasa dimurahkan rezeki dalam segala bentuk, Insya Allah..

5 amalan untuk murah rezeki..


1. Banyakkan istighfar
- Istighfar yakni memohon keampunan daripada Allah daripada dosa-dosa. Banyak juga fadhilat dari beristighfar ini. Jadi, bila hati sentiasa bersih kerana selalu memohon keampunan dari Allah, insyaAllah hajat kita mudah untuk Allah tunaikan😊

2. Amalkan Solat Sunat Dhuha
- Solat dhuha bermanfaat untuk membuka pintu rezeki, namun haruslah seiring dengan usaha agar kita dipermudahkan urusan dan mudah mencapai kejayaan😊

3. Selalu membaca Al-quran
- terlalu banyak syafaat bagi orang² yang selalu membaca Al-quran, ianya dapat membersihkan jiwa kita dan membuat kita sentiasa dekta dengan Allah😊

4. Amalkan solat tahajud
- Solat tahajud dapat dilakukan pada sepertiga malam.Pada waktu ini, langit terbuka luas untuk kita berdoa pada Allah. Allah swt sangat suka bagi hamba-hambanya yang sentiasa bangun malam untuk beribadah kepadaNYA😊

5. Elakkan berhutang
- Berhutang adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah.Oleh itu, sebolehnya elakkan lah berhutang, dan jika ada hutang, cepat-cepat kita selesaikan kerana ianya dapat memberi kesusahan juga kepada orang lain. Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat dan itulah yang paling kita takutkan jika kita berhutang dan tidak diampunkan oleh Allah SWT.
.
Alhamdulillah, semoga segala ilmu dapat kita kongsikan dan bersama sama mendapat menafaatnya.

Share this

Related Posts

  • Bersama2 melengkapi...buat renungan kita bersama.... For couples so eager to call it quits and throw in the towel on your relationship beca
  • Al-Fatihah untuk diri sendiri...Asalamualaikum dan salam jumaat..semuga kita semua sentiasa dalam lindungan dan Rahmat Allah hendaknya... dan dengan in
  • RMO day 4Day 4, restriction of movement orderCovid-19Bismillahhirohmannirrohim... AllahhuakbarSemuga bahaya Corona ini akan sege
  • Buat renungan kita bersamaperkongsian dari whatapps group, buat renungan kita bersama dalam menghadapi situasi ketika ini..semuga kita semua sent
Previous
Next Post »

EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng