Showing posts with label snek. Show all posts
Showing posts with label snek. Show all posts

onde onde keledek

April 16, 2020 Add Comment
ni antara kuih mesti kak rose masa bulan puasa...😋😋

 jom kak rose tepek kat sini resepinya, so mudah nanti nak cari2 resepi untuk persediaan berbuka dibulan puasa kan... kaler kuning ni purely dari keledek yag kak rose guna, no color added ya.

Bahan-Bahan

2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning (kak rose x letak, kaler ori dari keledek tu jer)
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2

Cara-cara

Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

Puding jagung pkp

April 13, 2020 Add Comment
sempena pkp, duduk rumah, masak dan makan saja..

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair (kak rose guna santan kara ----> lemaknya!)
 

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Kuih rengas

April 11, 2020 Add Comment
macam2 nama kuih ni..ada yang panggil kuih rengas, ada juga kata kuih kasturi

apa2 jer la kan... yang pasti sama jer kuihnya cuma nama lain2 ikut tempat dimana dia berada kot... dan musin pkp ni macam2 menu yang keluar untuk minum petang kami... dari tak rajin, kena jugak buat kuih2 yang mudah cenggini... stock frozen tempura, fries dan wedges ada  banyak tapi kan tak nak la asik makan yang seakan fast food cam ni kan.. so merajinkan diri lah kekdahnya.. jom tengok resepi nya, terima kasih kawan yang bagi resepi simple ni, tapi manis ya amat... so kalau kawan2 memang tak suka manis2 tu, sila lah kurang kan sukatan gula tu ya..

untuk inti kacang
2 caw/400gm kacang hijau (di rendam hingga kembang)
2 caw air
2 caw gula (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan ni...)
1 caw kelapa parut putih (kak rose suka lebih kelapa, lemak!!)
 
Cara...
Toskan kacang.Masukkan kacang dlm rice cooker dan masukkan 2 caw air
Masak mcm masak nasi..bila dah kering masukkan kelapa dan gula dan di kacau rata
Biar "keep warm" hingga kering
Dah sejuk ambil inti seberat 10 gram dan bulatkan.. buat sampai habis..simpan dlm peti sejuk.
 
Bahan Batter [Gorengan]

1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng
 
** sukatan ni memang dapat banyak, so kak rose goreng separuh masak dan frozenkan, bila2 nak makan just refry. mudahkan.

Menu MRO...

April 03, 2020 Add Comment
Alhamdulillah... MRO day 18 dah ari ni..
berjaya megharunginya setakat hari ni dan Insya Allah hari2 yang mendatang sehingga tamat tempoh.
semuga coronas virus ni cepat berlalu dan semua back to normal again.
Aamiin.

dan sempena perintah kawalan pergerakan ni, tukang masak ni memang kena rajin dengan stok apa yang ada kat dapo kan... dan ini yang sempat dirakam untuk kenangan nanti2... kisah lockdown ni..












Alhamdulillah dengan rezekiNya...