Buat lagi dan lagi....

January 10, 2020
tak jemu2 dengan tat nenas kerang ni...

 berkali2 buat tat nenas kerang ni. selepas kak rose buat untuk door gift masa majlis perkahwinan anakanda tempoh hari, ade je kawan2 yang nak kan tat ni... so bila ada kelapangan kak rose buatkan lah.. tu yang berkali2 buatnya.. tapi kak rose memang tak daya lah nak amik oder banyak2, maklumlah renyah nak buatnya dan kak rose ni memang selowwww sangat nak siapkan walau pun satu adunan ... mana tak lambat siapnya bila in between buat tu ada jer phone kat sebelah... dan maknanya berkali2 jugak berhenti melayan phone kan... kawan2 yang nakkan tat ni pun paham kelambatan kak rose dalam nak siapkan tempahannya kan..

 so sapa yang rajin nak buat tu meh kak rose kongsikan resepinya...

Bahannya...

Bahan A
150 gram butter
100 gram majerin
50 gram gula icing
50 gram susu tepung
50 gram tepung jagung
1/4 sudu kecil emplex
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur

Bahan B
350 gram tepung gandum
(tepung nanti boleh diubah suai supaya dpt doh yg lembut)
Inti nenas/epal yang secukupnya

Untu sapuan...
1 biji kuning telur
beberapa titik pewarna kuning
1 sudu kecil susu cair


 dah ready nak sapukan telor kuning dan masuk oben....170°C 25 to 30 minits

 Caranya...
-Sebatikan butter, majerin, gula dan telur gunakan senduk saja...kemudian campurkan semua bahan2 kecuali intinya.
- Uli doh sehingga doh tidak lekat ditangan, pastikan doh lembut supaya mudah utk proses menekan doh.
- Siap uli perap doh sekejap supaya bahan2 lebih sebati dan mesra.
- Ambil sedikit doh, masukkan dlm acuan tart kerang ..masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit doh lagi. Kemudian tekan acuan tart kerang..untuk mengeluarkan tart tadi. Susun dalam loyang pembakar.

Oleskan bahagian atas dengan sapuan kuning telur...sedia untuk dibakar...170c selama 25-30 minit atau ikut oven masing2 ye...
Selamat mencuba...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »