Tiada yang tahu bagaimana proses perjuangannya dan walaupun kadang-kadang menangis sendirian, dia tertatih berusaha, bekerja keras demi nasib untung dirinya dan keluarga. Tiada tempat meminta tolong bagi anak pertama, kecuali dirinya sendiri dan Tuhan.
Tiada tempat meminta yang akan menjadikannya payah, tiada tempat merengek yang akan membuatnya nampak lemah. Ketika terpaksa meminjam pada kawannya, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat berjaya agar kelak mampu untuk bantu orang lain juga.”
Ya, dibentuk berdikari atau terbentuk berdikari!
Menurut kajian, anak pertama perempuan berpotensi lebih hebat dari anak pertama lelaki. Ini mungkin kerana ketika anak pertama perempuan merasakan pahit kehidupannya sewaktu masih kecil, naluri keibuan memanggilnya untuk tidak membiarkan anak-anaknya kelak menderita sepertinya.
Karakteristik anak pertama biasanya lebih dewasa, bijaksana dan memiliki banyak pengetahuan yang jarang diutarakan. Dalam hal ini anak pertama memiliki pola pemikiran yang kritikal sehingga daya analisanya sangat kuat. Anak pertama biasanya selalu melanjutkan pendidikan sehingga institusi tinggi dan berharap dapat membahagiakan kedua orang tuanya dan saudaranya kelak.
Berkat Anak Sulung Perempuan
“Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah سبØانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda, Diberkati oleh Allah سبØانه وتعالى yang anak pertamanya ,anak sulungnya itu ialah perempuan. Dapat Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah Kahwin, mereka memohon kepada Allah سبØانه وتعالى, Yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa Para Salafus Solehin doa macam tu? kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبØانه وتعالى nak Memuliakan apa yang mereka hina.
Sebab Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman
Jangan peduli apa-apa orang nak kata kepada dirimu kerana kamu adalah seorang kakak yang baik untuk adik-adikmu. Sebagai bukti, kamu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak bongsu, kerana anak sulung perempuan itu selalunya menjadi isteri idaman setiap lelaki.
1. Seorang yang jujur
Kamu selalu berlaku jujur terhadap kedua ibubapa kamu, jadi jujur adalah sifat semulajadi yang kamu miliki. Inilah sebabnya kamu sesuai menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana. Siapakah yang tak mahu seorang isteri yang jujur, ya?
2. Optimis dan berdikari
Dilahirkan sebagai anak perempuan sulung, kamu seorang yang berdikari. Bukan sahaja dapat membela nasib kamu sendiri malah dapat membela nasib adik-adik kamu serta keluarga kamu sendiri. Sebab itulah kamu menjadi idaman lelaki.
3. Seorang yang selalu melindungi adik-adik
Perempuan itu diperlukan bukan sahaja untuk kecantikkan secara fizikal sahaja. Oleh kerana kamu anak sulung, kamu memiliki tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik selain mampu menjaga diri sendiri sekaligus dalam mengurus hal ehwal adik-beradik.
4. Biasanya Pandai Memasak
Sifat keibuan untuk menjaga keluarga biasanya ada pada diri kamu. Bukan sahaja kelebihan memasak, selari dengan sifat lembutnya juga membuatkannya menjadi isteri idaman lelaki.
5. Pendengar Yang Baik
Oleh sebab kamu sudah terbiasa mendengar celoteh-celoteh dari adik-adikmu, jelas sekali bahawa kamu seorang pendengar yang baik. Mendengar keluh-kesah adikmu malah kamu juga dianggap isteri idaman kerana kemampuan kamu untuk mengendalikan segala situasi masalah.
6. Calon Ibu Terbaik
Sebagai anak sulung perempuan, yang sudah terbiasa menjaga adik. Apabila terbiasa dengan menjaga adik-beradik, jelas kamu mempunyai sikap bertanggungjawab.
7. Terkenal Atas Kerajinannya
Selalu membantu ibubapa membersihkan rumah dikala ibu bapa kamu keluar atau pergi berkebun di belakang rumah. Kamu melakukannya dengan ikhlas dan bersemangat kerana anak sulung perempuan juga adalah tumpuan keluarga. Ini membuktikan kamu seorang anak yang rajin yang tidak harus diperselekehkan.
Demikianlah pokok bahasan Artikel ini yang dapat kami paparkan, Besar harapan kami Artikel ini dapat bermanfaat untuk kalangan banyak. Karena keterbatasan pengetahuan dan referensi, Penulis menyadari Artikel ini masih jauh dari sempurna, Oleh karena itu saran dan kritik yang membangun sangat diharapkan agar Artikel ini dapat disusun menjadi lebih baik lagi dimasa yang akan datang.
EmoticonEmoticon