Asalamualaikum dan salam Jumaat yang dingin..
hujan rahmat yang turun dari awal pagi masih belum reda..
hasil dari rebusan telor 2 minit tu... kisahnya hari jumaat lepas kak rose buat majlis bacaan surah Al-Kahfi kat rumah... lama jugak rasanya tak buat majlis ni kat rumah kak rose kan.. so bila tanya kat ketua muslimat untuk minggu tu tak de yang booking slot tu, kak rose pun amik lah giliran tu... dan menu yang mudah yang kak rose sediakan untuk breakfast lepas majlis tu cumalah nasik lemak ni. dan nak kongsikan cara paling mudah dan cepat nak sediakan telor rebus tu... kalau nak goreng tak terdaya la pulak nak sediakan awal2 sbb mengaji stat pukul sembilan pagi.. so yang paling mudahnya, rebus jer la kan.. rebus telo 2 minit dan masak nasik 7 minit. mudahkan dengan noxxa!
2 minits jer dalam periuk noxxa ni.. memula basuh bersih2 telor dan alaskan dasar periuk dengan tuala basah. masukkan telor dan tutup, laraskan tombol pada pressure dan hp 2 minit. tunggulah sampai bunyi tet tet tet tetttt..
30 biji at one go... tapi ada sebiji yang pecah sungguh tu agaknya telor yang kak rose amik dari dalam peti...so kena pastikan nak rebus ni kena telor yang berada pada suhu bilik kot... kot kot pulak kan, sbb nya mengaji tak abes la tu... so lain kali tahu lah kan...
bila kopek pun cantik halus mulus jer kejadiannya.... tapi kan, kak rose biarkan telor tu sejuk baru alihkan dari periuk tu... so agaknya suhu panas tu membuatkan telor macam overcook sbb ade garis hitam kelabu diantara kuning telor tu kan..so rasanya kena keluarkan sebaik saja off kan periuk tu. seklai lagi ngaji tak abes la ni!
telor rebus 2 minit bersama dayang pengiring untuk nasik lemak dimajlis bacaan Surah Al-Kahfi pagi jumaat yang lepas... telor rebus 2 minit, sambal tumis sedap, fillet ayam goreng bersama kacang panjang, ikan bilis dan kacang goreng dan jugak timun. Alhamdulillah, 2 periuk penuh noxxa nasik lemak abes dengan jayanya. terima kasih kawan2 yang sudi datang bersama untuk majlis bacaan mingguan surah Al-Kahfi kita..yang tak dapat datang tu, nanti Insya Allah kak rose buat lagi lain kali ya..
EmoticonEmoticon