Cek mek molek

November 11, 2019
Asalamualaikum dan salam selasa..

 kesian kan keledek yang kak rose beli tapi terbiar jer kat dapo tu... seakan nak bercambah pulak dah jadinya... so sebelum berakar dan pokok panjang menjalar didapo, jom lah jadikan sesuatu yang boleh mengenyangkan.. memula tu nak buat kuih keria macam yang sedang viral tu, tapi bila pikir2 malas lah pulak nak menyira dengan gula merah tu... dan lagi satu, takut pulak tak menjadi siranya tu... so paling mudahnya buat jer cek mek ni...dah tentu sedap dengan gula yang cair dalamnya tu. sebelum pergi kuliah dan mengaji petang tu kak rose dah rebus dan lenyekkan siap2. balik petang tu tunggal nak gaulkan dengan tepung dan bentukkan.... dan inilah kejadiannya... selamat dinikmati dengan secawan nescafe o kosong dipetang2 hari..

meh kak rose kongsikan resepinya...

Bahan-bahan ( 12-13 biji )
  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

Share this

Related Posts

  • Baby bread puddingSalam hujung minggu buat semua... resepi puding roti yang dah buat berulang2, kalau ada roti yang dah nak tamat ri
  • Pizza hut to the rescuetime tukang dapo sangat tak rajin...2 large super supreme with extra cheese toppingtapi kan macam kureeeeng jer kan..su
  • onde onde keledekni antara kuih mesti kak rose masa bulan puasa...😋😋 jom kak rose tepek kat sini resepinya, so mudah nanti nak ca
  • Snacking time againnnn....Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan.. menu dari tukang masak yang tak berapa nak rajin ni.. bila tuka
Previous
Next Post »

EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng