MLCP telor itik

April 19, 2020
PKP dan masak masak dan makan makan....

 selalunya kak rose akan cuma masak paling rajin pun seminggu sekali macam tu lah sebab memang tak de tukang makan kalau siang hari, so duduk sorang2 kat rumah ni makan apa jer yang ada dan boleh mengenyangkan... selalunya roti jer la yang paling mudah nak sediakan kan... tapi dalam masa PKP ni, dah kena lah rajin memasak sbb tukang makan ada kat rumah, so layankan aje lah... dan yang pentingnya masak apa saja yang ketua keluarga belikan stoknya... hihi... jom masak telo itik ni dan kak rose paling suka kalau digandingkan dengan ikan masin... fuh! mmg best lah.

  boleh lah masak untuk berbuka puasa nanti kan...mlcp berposing dalam periuk jer!
 
6 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa
kacang panjang - yg ni kak rose tambah

bahan2 ditumbuk lumat:

10 biji cili api- kak rose guna 4 biji jer.
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

cara memasak:


1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .

2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »