Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua... nak jugak tepek kat sini jelatah seadanya yang tak cukup bahan ni. bila ada tetamu datang, siap masak terus hidang dan memang tak teringat nak amik gambo, jadinya ade belen ni jer lah yang sempat snap nak buat kenangan. jadilakan... walaupun tak de nenas yang menambah kesedapan, tapi tetap jugak abessss disantap... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurnikan... jon kat bawah ni kak rose tepek resepi yang lengkap kalau ada kengkawan nak buatnya... lawankan dengan nasik minyak/beryani dan ayam mask merah memang lah ngam sangat. meratah gitu jer pun sedap gak..😋😋
Bahan-bahan ( 5~6 )
- 1 biji nanas( jgn guna nanas muda. Takut masam. Kalau nk guna nanas dlm tin anggaran 1tin)
- 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
- 2 biji carrot(optional)
- 1/2 labu bawang besar
- 2~3 biji lada besar(merah)
- 120ml cuka makan
- sedikit gula dan garam ikut rasa
Cara-cara
- potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
- carrot dipotong memanjang (nak cantik boleh gunakan vege cutter yang munga2 tu...)
- campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
- sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
- tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik & lada merah susah nk dapat kat sini..
- tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.
Share this
EmoticonEmoticon