Murtabak kulit popia

February 10, 2020

menafaatkan kulit popia yang dah keras kejung dalam freezer...masa beli tu memang berkobar2 nak buat popia, tapi sudahnya terbiar kejung kat situ... moh ler kita jadikan dia sebagai kulit mertabak yang sangat sedap ni... mudahkan kerja, tak perlu nak bersingsing lengan menebar doh untuk kulit murtabak ni... kita guna jer yang dah ada dalam stok kan... dan inti nya kak rose buat banyak, nnti boleh la buat karipap pulak kan...

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang (kak rose buh 300gm daging)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup (kak rose guna batang celery)
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati. kak rose tambahkan bawang holland dan jugak batang celery yang didadu halus, sedapppp.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Share this

Related Posts

  • Kuih sagu sedapppSalam hujung minggu buat kawan kawan semua... sesekali teringin nak makan kuih sagu cenggini terus lah merajinkan
  • Baby bread puddingSalam hujung minggu buat semua... resepi puding roti yang dah buat berulang2, kalau ada roti yang dah nak tamat ri
  • Ubi ungkepAsalamualaikum dan salam isnin..sarapan apa pagi ni kengkawan semua ya? kalau ada ubi boleh lah buat ubi ungkep macam n
  • Peria goreng rangupAsalamualaikum dan selamat pagi semua... buat lagi peria goreng rangup ni... memang sedap sangat dan bila makan me
Previous
Next Post »

EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng