Baby bread pudding

February 08, 2020
Salam hujung minggu buat semua...

 resepi puding roti yang dah buat berulang2, kalau ada roti yang dah nak tamat riwayatnya elok lah buat cenggini, pasti selamat daripada masuk kat cik tong kan.... meh kak rose tepek kat sini lagi resepinya..

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (kak rose tak buh pun... dah manis!)
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

kismis yang kak rose guna, sangat besar2 saiznya... so kak rose potong2 jadi kecik2 lah!

Share this

Related Posts

  • Selalu tak jadi!memang selalu fail bab nak menyira kuih ni.. kuih yang mudah dibuat dengan bahan yang sangat minima dan nak makan
  • onde onde keledekni antara kuih mesti kak rose masa bulan puasa...😋😋 jom kak rose tepek kat sini resepinya, so mudah nanti nak ca
  • Kerepek pisang tandukDay 2, restriction of movement orderCovid-19 Asalamulaikum dan selamat tengahari semua... semuga kita semua dalam
  • Kacang rebus gorengAsalamualaikum dan selamat pagi isnin.. ada kala nak merajinkan diri buat kudapan macam ni... sebenarnya terpandan
Previous
Next Post »

EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng