cekodok pisang gebus gebas!

December 02, 2019
...dan molat molat...😅

Bila tamak membeli pisang, end up cekodok jugak yang jadi mangsa. masa pergi buat marketing tu ternampak lah pisang berangan ni bergantungan di dekat kaunter... since buah2 lain semuanya berbungkus dan tak leh nak pilih pilih dah 😜, so kak rose opt for yang memang kita nampak elok depan mata lah..tu yang beli sampai dua ikat pisang ni... dan memang pisang tak boleh nak simpan lama kan... tapi cekodok ni pun pebret lah... so tak lah membazir pisang tu kan...


dua sikat pisang berangan yang dah jadi cekodok..

Bahan-bahan
4-5 biji pisang berangan
1 cawan tepung gandum
2 sudu Planta atau mentega/minyak masak
3-4 sudu gula pasir
secubit garam
1/2 tsp soda baikabonat

Cara-cara
1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu lembik. Ini kerana supaya apabila menggoreng, ianya tidak terlalu lembik dan gebu.
2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas , masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan. golek2 kan selalu supaya dapat cekodok yang bulat2..
3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. balik2kan selalu. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas

Share this

Related Posts

  • onde onde keledekni antara kuih mesti kak rose masa bulan puasa...😋😋 jom kak rose tepek kat sini resepinya, so mudah nanti nak ca
  • Minum petang kami...MMAmacam-macam ada... tapi mostly ready made jer...kerajinan tukang dapo memang dah hilang dan tak jumpa jalan pulang..so
  • Menu MRO...Alhamdulillah... MRO day 18 dah ari ni..berjaya megharunginya setakat hari ni dan Insya Allah hari2 yang mendatang sehi
  • Peria goreng rangupAsalamualaikum dan selamat pagi semua... buat lagi peria goreng rangup ni... memang sedap sangat dan bila makan me
Previous
Next Post »

EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng