Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Sup cendawan tiram

April 22, 2020 Add Comment
Masak dan makan makan time PKP...

  terima kasih Azie Kitchen, kak rose copy resepinya ya..

Bahan bahan:
2 paket cendawan - carik 
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Fish ball atau ikan bilis atau udang
Garam
Sedikit lada putih - tumbuk
Sedikit cili merah hiris
Daun sup - tak letak
Bawang goreng -kak rose lupa nak tabur dah!

 
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang dihiris. Setelah kekuningan masukkan ikan bilis atau udang atau apa apa yang disukai. Kemudian tuangkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.

Setelah mendidih, masukkan cendawan, garam dan serbuk lada putih. Taburkan cili merah dan daun bawang. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Akhir sekali, tabur bawang goreng.

Peria goreng dengan udang

April 20, 2020 Add Comment
PKP hari ke 34 dan masak dan makan...

 ya, hari2 masak macam praktis untuk bulan puasa pulak kan... dan yang pastinya ada tukang makan barulah rajin nak bersilat didapo. kalau kak rose sorang jer memang hidup dengan roti. dasar pemalas kan.. ni lauk kegemaran en asben, lagi lah kalau taruk udang banyak2 memang dia suka sangat. dan tukang masak akan sangat berbesar hati kalau hidangan habis dimakan. Alhamdulillah.. jom tengok resepi mudah ni..


  1. Bahan Utama:-
    1 biji peria kambas
    10 ekor udang
    1 camca besar sos tiram
    1/2 cawan air

    Bahan Tumbuk Lumat:-
    1 biji bawang besar
    1 biji lada merah
    2 ulas bawang putih
    1/2 camca teh garam kasar

    Cara membuatnya:-
  2. Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 - 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  3. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan sos tiram dan udang, kacau dan tuang air.
  4. Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 - 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi

Brokoli bawang putih

April 11, 2020 Add Comment
Salam hujung minggu..

 dan kerana corona virus, bertambah lama lah lagi kita terkurung kat rumah ni.. tukang masak ni puas lah asik kedapur jer kerjanya... dan menu harian jadi semacam satu yang payah nak pikir kan.. tapi buat kak rose apa yang ada dalam stok, itu lah yang akan jadi hidangan kami...nasih baik en asben tak cerewet tentang bab makan2 ni... so mudah jugak lah kerja tukang dapo..

dan bila ketua keluarga jer yang boleh g membeli... sayur pebret dia yang dibawak balik. apa pun terima kasih pada en asben yang belajar2 g membeli bahan basah kat dapur... pertama kali dia pergi, gagal membeli dan berpatah balik semula walaupun semua dah lengkap tertulis, siap dengan diagram arah mana harus dituju untuk cari barang2 tu..kali kedua ni memang tak boleh nak elak dah la kan.... dan akhirnya berjaya jugak membeli dengan bantuan list ditangan dan whatapps bergambar 😄... ikan siakap, ikan kerisi, ayam dan bermacam buah pulak dia beli. Alhamdulillah...

so ini antara sayur pebret en asben lah... kalau ada brikoli, resepi ni lah yang paling dia nak... dan buatnya pun paling mudah, bahan paling sedikit pun ya jugak. tapi yang penting sedap lah tu.. yang kat atas ni lepas dah celur dan rendam sekejap dalam air ice. jom tengok resepinya..

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam


Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.