Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Iftar #15 roti puri

May 08, 2020 Add Comment
Asalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa dalam pkpb hari ke 53
masih menunggu hingga 12 mei, apa seterusnya kisah pkp ni kan..

 menu berbuka kak rose petang semalam... sebenarnya dah tak tahu nak sediakan menu apa untuk berbuka.. tapi bila terkenangkan ada lebihan kuah kari semalam, teruslah terbayang nak cicah dengan roti puri ni... so jadilah roti puri (resepi kat sini) cicah kuah kari ayam leftover.. makan dua biji terus terdiam... kenyang yak amat! yang lain en asben makan masa sahur tadi.... kiranya ni first time makan selain dari toast lah masa bersahur!.. tapi kak rose masih jugak dengan toast n nescafe o nya!

 dessert untuk petang semalam... buah tembikai, orange dan anggur hitam yang manissss. ada jugak agar agar pandan santan sebagai manisan...

 lauk ulang2 sepanjang bulan puasa ni... stok udang memang banyak sebab tukang beli ni kalau nampak udang yang segar dan kasar2 terus jer beli.. yang stok kat rumah pun ada lagi, so ulang2 goreng kunyit macam ni lah yang dia nak..ok lah, mudah kerja tukang masak kan..

yang ni lauk lejen yang mabeles... telo mata, gorengkan bawang besar dan cili hijau, curah kicap hmmm... sedap lawankan denagn nasik panas2... tapi kakau dapat telo ni punas2 lagi sedap gamaknya kan..

Roti puri

April 09, 2020 Add Comment

MRO day 24... 

 sejak pkp ni, macam2 tayangan amal kat fb yang sentiasa menggoda mata dan tekak.. dan sudah semestinya lah nak jugak melayan selera yang nak makan ni kan... kalau dulu macam2 stok ada dalam fridge untuk kudapan, tapi bila dah payah waima nak pergi membeli pun! so the best yang kita boleh, buat sendiri jer la.. boleh lah untuk minum petang aka dinner kami ..ada jugak terjumpa resepi yang tak perlukan guna yis, nanti kalau rajin lain kali boleh lah mencuba..


meh tengok resepinya...


Bahan2
 
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 air suam/panas (kak rose guna air suam)

Cara penyediaan:

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, minyak, garam dan gaul sehingga berderai-derai.
2. Masukkan air panas. Doh agak panas sedikit ya. Boleh uli pakai tangan sahaja.
3. Uli sekejap sahaja sehingga menjadi doh lembut.
4. Bulat-bulat doh sebesar bola ping pong dan perap selama 30 minit.
5. Panaskan minyak (agak banyak).
6. Canai atau leperkan doh yang telah dibulatkan dan masukkan ke dalam minyak panas (goreng sebiji-biji sahaja).
7. Simbah-simbahkan minyak pada permukaan roti hingga naik kembung dan balik -balikkan. Goreng hingga perang.