Showing posts with label bubur/pengat. Show all posts
Showing posts with label bubur/pengat. Show all posts

Iftar #10 tang yuan

May 03, 2020 Add Comment
Alhamdulillah.. selesai 10 hari pertama Ramadhan...

 dan semuga kita terus diberikan kekuatan mental dan kesihatan fizikal untuk terus menjalani ibadah dibulan Ramadhan ini... cumanya rindukan suasana berterawih berjemaah dimesjid seperti sebelum2 ini... kini kami cuma berdua, imam dan makmum sajalah..semuga ibadah kami diterima olehnya. Aamiin. dan untuk berbuka petang semalam kak rose buat tang yuan ni atas permintaan en suami yang nak makan yang sempoi2 cam ni... no lemak2 katanya, tapi lepas tu mintak goreng fries pulak..😉 boleh gitu?  resepi tang yuan kat sini... sangat mudah nak buatnya kan.

 tiga macam grapes dan tiga macam rasa jugak...

 tak nak lemak2 tapi kalau goreng macam ni tak pe pulak kan... tukang masak ikut jer lah!

 sayur taugeh n kacang panjang.

sambal udang sempoi campur dengan capsicum hijau. Alhamdulillah dengan rezekinya.

Iftar #7 pengat keledek

April 30, 2020 Add Comment
Salam Ramadhan ke 8, salam hari buruh dan salam PKP hari ke 45...

 dah 45 hari kita stay at home kan... terkurung dalam usaha untuk memmutuskan rantaian covid 19.. semakin kita akur dengan arahan kerajaan, harap cepatlah semuanya berlalu kan.. dan kini kita dengan cara kehidupan normal baharu dibulan puasa ni, so masak2 pun seadanya, apa yang ada dalam stok lah... dan ni kali kedua kak rose berbuka dengan keledek, tu pun ada 3 biji besoooo lagi untuk dijadikan menu... nak buat kuih apa ek? en asben kalau membeli memang tak nak sikit2, jenuh lah tukang masak ni memikir nak buat apa lagi? any suggestion?

 sama juga dengan buah ni, berhari2 lah makan buah yang sama selagi stok tak abes... Alhamdulillah... ada jugak buah untuk berbuka kan..

 sayur tumis petola dengan fish cake jer.. masak sempoi cenggini lagi menyelerakan walaupun makan dah dekat pulul 10 malam...

ikan tenggiri masak sambal... buat dua potong pun cuma satu jer yang termakan...masak sikit jer sebab ada lauk leftover, kita makan yang tu dulu lah ya... ada orang tak makan menu2 letfover ni kan... buat kami no problem lah asalkan ianya tak rosak dan jangan membazir time2 macam ni kan..

Pengat butir nangka

April 18, 2020 Add Comment
 eh!! rasa macam dah bulan puasa lak kan..

 sebenarnya buat ni dah beberapa hari lepas.. bila terasa sangat nak makan, makanya kena lah buat sendiri... lagi2 time pkp ni kan. baru lah puas hati dapat menikmati apa yang kita suka nak makan, cumanya kenalah rajin kan diri.. jom tengok tesepinya..

Bahan-bahan
  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna
  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air 
  • (kak rose tambah 2 sudu makan sagu biji rebus berasingan, tapis barulah masuk dalam kuah bubur)
 
 Cara-cara
  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak dan juga biji sagu tadi...Bubur siap untuk dihidangkan
 boleh lah mencuba buat untuk berbuka puasa nanti kan...

Bubur jagung bersagu

October 01, 2019 Add Comment

bubur jagung bersagu yag kak rose buat untuk makan2 selepas mengaji petang. dalam periuk atas dapo jer berposingnya sbb lepas tu akk rose terus masukkan dalam bekas beso dan bawak ke rumah mengaji untuk makan2 dan gebang2 sambil membawang selepas mengaji. ni sebenarnya kes salah beli jagung dalam tin lah ni. sebenarnya kak rose nak beli yang cream tu untuk buat apam balik, sekali bukak tengok tu dia, jagung kernel. pulak tu beli sampai dua tin... so apam balik tu memang tak de jagung lah dalam tu, kurang lah umphnya. so meh lah buat bubur jagung bersagu macam ni, tak lah membazir kan..

Bahan bahan:
3 batang jagung madu (kak rose guna 2 tin jagung kernel)
1 mangkuk kecil gula
1 mangkuk kecil air
1 mangkuk santan
1 cawan sagu - yang telah direbus
Garam
1/4 tin susu cair
Garam
 
1. masak sagu sehingga jernih. Masukkan air dan dikacau rata. Tuang dalam bekas penapis untuk buang lendirnya. 
2. Masukkan sagu,santan, gula dan daun pandan ke dalam periuk jagung. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan sedikit susu cair. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.