Showing posts with label iftar. Show all posts
Showing posts with label iftar. Show all posts

Iftar #23 tapau jer...

May 16, 2020 Add Comment
Asalamualaikum dan selamat pagi semua
dan bertabahlah dengan pkp/pkpb hari ke 61 dan seterusnya hingga raya nanti..


 dan menu berbuka semalam ditaja oleh anak2.. tapau nasi arab  dari Rawsha di seksyen 7 tu.. sebenarnya semalam adalah kali pertama outing kak rose selepas 60 hari berkurung dirumah... cuma pergi ke pasaraya giant untuk grocery shopping untuk menu persiapan raya nanti... selama ni en asben jer yang g membeli... so pertama kali kena beratur berjarak, scan QR code dan amik tempeture baru lah boleh masuk... temp semalam 36.5°. masuk dan cepat2 lah beli apa yang dalam list dan yang banyak tak de dalam list pun... dan masa keluar dari situ, barisan pelanggan punya lah panjang sampai keluar bangunan... penangan covid kan, redho jer lah sambil usaha untuk bersama mencegahnya..

 nasi madghot kambing untuk anak berdua yang sangat sukakan kambing.. portion yang sangat mewah, sampai tak terhabeskan.. membawak kesahur pun masih berbaki nasik tu.

 mama dan ayah masih sukakan nasi mandhi ayam... dan portionnya tersangat lah besarnya.. untuk satu portion tu dengan separuh ayam dan beli dua pack untuk kami berdua tu dah jadi seekor ayam lah... memang tak boleh nak abes lah kan..

 en asben memang suka sangat membeli buah dan banyak2 pulak tu...semalam dibelinya sebiji rock melon, sebelah biji buah tembikai yang sangat besar ni dan sesikat besar pisang berangan. dan jugak buah kiwi zespri gold yang harganya sangat mencekik leher tu... tapi nak makan kan..so beli jer lah..

 untuk menu berbuka kak rose buat cucur udang ni... sebenarnya plan nak makan samosa frozen sedap yang selalu beli kat Azzain tu..tapi semalam tak de stok la pulak. dah la nak masuk kedai tu kena beratur, tulis nama n phone no, check temp.. tunggu lagi baru dapat masuk... tapi sekali sampai dalam tu, stock frozen banyak yang tak ada.. freezer banyak ruang yang kosong jer.. akhirnya pop-up resepi cucur udang ni... on de way balik tu terus singgah kedai, cari taugeh n daun kucai ni..

stok udang cuma ada yang kasar2, so kak rose cincang dan masuk dalam tu lah...Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi... resepi cucur boleh tengok kat sini..

Iftar #22 mlcp ketam

May 15, 2020 Add Comment
Selamat berpuasa Ramadhan ke 23 dan pkpk/pkpb 60..
dah dua bulan tuan rumah terkurung...#stayathome #covid19

 setelah sekian lama tak masak ketam, en asben beli la pulak... mulanya a bit reluctant nak masak ni sbb memang allergic sangat dengan ketam ni... tapi bila dah beli tawakkal Allah, harap2 tak lah menggaru sebab allergic tu.. masak lemak dengan ciliapi dua biji style nisemilan... sedap lah pulak, tapi ubat pun ready just in case kan.. so far hingga pagi ni masih ok.. harap2 tak lah timbul allergic yang macam gegata tu lagi kan.. resepi dari blog Azie Kitchen, mekasih ya.

 dan ayam fillet yang masih banyak berbaki, goreng kicap dengan cauliflower cam ni memang laku lah... gorengkan separuh masak ayam tu dan masak kicap pulak... walaupun dah sejuk ayam tetap lembut dan juicy, Alhamdulillah..

 
 kuih untuk berbuka kak rose buat onde onde keledek, kuih yang tertangguh masa 1st puasa hari tu sebab kehabisan tepung pulut kan.. so kali ni jadi lah..dan buat beso2, bila gigit gula cair habis berterabur. hihi... makan dua biji pun dah kenyang!

 buah mangga lemak manis, mangga susu dan tembikai kuning... pakej kuning semuanya!

 homemade tau fu fah...anak belikan sebotol besar fresh air soya ni... memang tak abes lah nak minum jer, so kak rose cari resepi camner nak buat tau fu fah ni..jumpa resepi tu kat sini... terima kasih kongsikan resepinya ya. dan ini lah kejadiannya..

sedap dan lembuuuuut jer makan masa berbuka semalam...so tak lah membazir air soya yang tak abes tu kan...

Iftar #21 hari leftover 😊

May 14, 2020 Add Comment
Asalamualaikum dan selamat pagi semua..
Ramadhan ke 22 dan pkp/pkpb hari ke 59..
semuga semuanya akan bertambah baik dengan keadaan normal baharu.. Aamiin

 semakin hari bertambah banyak menu2 leftover yang duk dalam fridge.. so bila buntu dan kemalasan melanda kita kuorkan jer la menu2 leftover tu kan... ada orang tak makan menu2 lebihan cenggini kan... tapi buat kami tak de masaalahnya, yang penting tak membazir kan... walaupun selalunya masak cuma sikit untuk kami berdua, tapi bila makan pun dah lewat, selalu jer ada berbaki.. so inilah harinya... sira pisang dan mee goreng tu menu berbuka leftover lah.. tapi buah dan tempura tu tak lah leftover jugak, k.

 dan untuk lauk kak rose cuma masak tumis petola ni jer... suka sangat dengan bening2 cenggini masa makan nasik... tak lah muak. dan lauk leftover ada peria dengan udang dan jugak ikan kerisi masak asam dengan bende ari tu...

yang ni memang fresh lah.. beso2 buah mangga ni.. 3 biji tu 2 kilo dah, so yang dalam bekas ni cuma separuh jer kak rose potongkan, campur dengan orange dan grapes pun dah penuh pinggan..

dan ada banyak masa semalam... merajin kan diri buat tat kerang ni... rasanya ni lah the only cookies untuk tahun ni.. kalau dulu selalu buat extra sebab nak berbagi dengan adik beradik... tapi kali ni dengan pkpb, tak boleh rentas negeri, duk diam2 kat rumah... so ni jer lah gamaknya!



Iftar #20 sate rono

May 13, 2020 Add Comment
Alhamdulillah... difasa 10 malam terakhir ramadhan..
semuga diberikan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah seterusnya...
pkp/pkpb hari ke 58

 rezeki kami anak beranak berbuka puasa petang semalam... balik kerja anak datang bawak sate rono ni.. 1st time rasa, katanya terbaik dari kajang... tapi sapa sangkal sate kajang tetap no satu lah, at least to kami anak beranak. lama dah x makan sate kajang, rasa rindu pulak. tiap bulan kalau balik dari kampung mesti singgah kat rnr dengkil semata2 untuk sate kajang ni.. ni dah 2 bulan tak dapat balik kampung...bertabah jer untuk kebaikkan semua nanti kan.. sate rono ni sangat muai, besar2 portionnya dan sudahnya makan tiga cucuk pun dah kenyang... so banyak lah leftover!

 yang ini memang pebret kak rose lah... sira pisang tanduk sempoi cam ni..cuma sirap gula dan pisang, x muak... tapi ni pun banyak lah leftovernya walaupun buat cuma guna dua biji pisang tanduk yang kecik2..

 fruits for the day... red and yellow water melon dan buah mangga apple yang sangat besar.. almost 1kg sebiji ni.. yang nk kak rose potong separuh jer, separuh lagi boleh sambung esok pulak..

 home made karipap dan kuih rengas frozen.. tak termakan pun, so anak tapau bawak balik boleh makan sambil tengok tv, katanya.

 meriah sangat meja kami petang semalam...😜😜

 ayam masak bali yang kak rose masak petang semalam... pun anak tapau bawak balik untuk sahur pulak.. kami punya biar lah bertapa dalam fridge... akan ada nanti satu hari leftover je semua! nak resepi boleh tengok kat sini ya..

sayur pebret en asben, tukang masak ikut jer lagi mudah kalau ada request cam ni..peria tumis dengan udang. leftover, sapa nak tolong abeskan??? tunggu ada lah harinya nanti kan..

Iftar #19 seadanya...

May 12, 2020 Add Comment
Asalamualaikum dan selamat pagi .. 
semuga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya

 Alhamdulillah, kejap jer kita dah sampai ke sepuluh hari terakhir dibulan ramadhan yang sangat berlainan dengan ramadahan yang sebelum2 ini...kerana kita menjalani ibadah puasa kali ini dalam keadaan sangat2 berbeza, tiada solat terawih dimesjid, tiada tadarus ramai2, tiada majlis berbuka ramai2 dimesjid dan juga tiada bazar ramadhan seperti selalunya demi untuk kebaikan kita semua. semuga dengan penjarakan sosial dan segala pkp akan berhasil dan kita semua akan kembali kepada kehidupan normal selepas ini. Insya Allah... kiranya hari ni dah hari yang ke 56 kita dalam keadaan pkp, dan pkpb..

 walau apa pun, kita kena teruskan juga apa yang perlu kita lakukan.. biar pun berpuasa dalam keadaan pkp, menu berbuka tetap kita sedakan.. biar pun sempo2 jer, Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan..

 buah2 yang mesti ada dan juga sumi jelly untuk berbuka..

 buat juga mee goreng ni..

 yang ni untuk jiran sebelah...
dan nasik goreng bodo2.. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi untuk kami berdua...